Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

logo_cyberclinics902

sihat

Kongsi Artikel Ini

Like Cyberclinics !!!

Search

Kata Pengantar

 

"Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, duduk di kerusi roda, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. Sebarang maklumat yang disampaikan tidak mampu menggantikan pemeriksaan kesihatan secara terus antara doktor dan pesakit. Maklumat sekadar pengetahuan dan persediaan kepada pesakit.
 

Antara Artikel Cyberclinics

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
JT SlideShow Module v1.5.1
A+ R A-
User Rating: / 4
PoorBest 

Hidung Berdarah?Jangan panik!!

E-mail Print PDF
Share

                          

 

 
Soalan

Salam..sejak kebelakangan ini saya selalu mengalami hidung berdarah..biasanya berlaku pada waktu pg antara pukul 6-10..apakah yg menyebabkan hidung berdarah pd waktu pagi?setahu saya hidung berdarah kebiasaan nya berlaku kerana cuaca panas..adakah ianya merbahaya dan perlukah saya mendapatkan rawatan? terima kasih.

fafa

Jawapan

Waalaikumussalam

Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Moga sihat hendaknya.

Hidung berdarah atau epistaxis merupakan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat kita. Rata-rata daripada kita berasa gerun dan panic apabila melihat seseorang mengalami pendarahan hidung. Jangan takut! Jangan panik! Inshallah, setiap masalah itu ada penyelesainnya. Setiap penyakit itu ada rawatannya!. Cuma, kesedaran awal tentang cara merawat epistaxis perlu didedahkan, supaya kadar komplikasi berkaitan epistaxis  menurun.

 

Sebelum saya menjawab pertanyaan saudari dengan lebih lanjut,terdapat beberapa perkara yang perlu saya ‘take note’

  1. Sejak bila saudari mengalami hidung berdarah? Secara spesifiknya? Tahun ini atau tahun-tahun sebelumnya?
  2. Hidung saudari hanya berdarah pada waktu pagi sahaja? Atau berlaku pada waktu-waktu lain,siang,malam?
  3. Adakah masalah ini berlaku setiap hari? Atau seminggu sekali?Berapa kalikah kekerapan ?
  4. Boleh saudari perincikan kawasan manakah yang paling banyak mengalami pendarahan?kawasan hadapan(anterior) hidung?sebelah atau darah keluar melalui kedua-dua lubang hidung?
  5. Adakah pendarahan itu menganggu aktiviti harian saudari? Setakat mana ia menganggu kerja saudari?
  6. Apabila hidung berdarah,saudari ada mengalami pening-pening,muntah-muntah,denyutan jantung meningkat,atau berlaku juga pendarahan di kawasan lain selain hidung?seperti mata,telinga dan lain-lain? najis berdarah??
  7. Bagaimana jenis darah itu?dalam anggaran berapa milimeter atau berapa cawan kecil kuantiti darah yang keluar setiap hari? Apa warna darah yang keluar?
  8. Adakah masalah yang saudari hadapi berkait juga dengan perubahan musim?
  9. Saudari ada ambil ubat-ubatan yang lain seperti aspirin,steroid,ubat-ubatan herba dan sebagainya?
  10. Jika hidung berdarah,apakah perkara yang saudari lakukan untuk menghentikan pendarahan hidung?
  11. Saudari ada mengalami apa-apa penyakit sebelum ini? Seperti darah tinggi?
  12. Saudari ada mengalami apa-apa alahan ?
  13. Bagaimana dengan sejarah keluarga,ada di kalangan ahli keluarga saudari yang mengalami masalah yang sama?atau keluarga saudari mengalami sakit jantung atau darah tinggi?
  14.  terdedah pada mana-mana individu yang merokok?
  15. Jenis pekerjaan saudari? Dan rutin hidup?

Soalan di atas merupakan soalan umum yang kebiasaannya akan ditanya. Setelah maklumat lengkap diperoleh,barulah doktor akan melakukan investigation untuk mencapai diagnosis yang tepat mengenai masalah yang dihadapi saudari.

Namun,merujuk kepada emel yang kami terima  daripada saudari bertarikh  30 Dec 2010  dan saya kira di Malaysia sekarang sedang mengalami musim hujan kan? Suhu sekitar sejuk,dan bertambah sejuk pada waktu pagi dan malam. Sebenarnya, perubahan suhu yang tidak menentu dan mendadak juga menyumbang kepada komplikasi hidung berdarah. Bayangkan anda berada di luar,bertemankan kesejukan,dan apabila anda kembali ke pejabat atau ke rumah, suhu semakin bertambah,panas sedikit berbanding suhu di luar yang amat sejuk.maksudnya udara di dalam rumah atau mana-mana kawasan tertutup mengandungi udara yang kering. Perubahan suhu dan cuaca beginilah juga menyumbang kepada hidung berdarah. Ini disebabkan cuaca sejuk dan udara kering menyebabkan mucosal hidung menjadi kering, membengkak dan menyebabkan hidung berdarah secara tiba-tiba. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika anda mengalami infeksi virus atau bakteria-hidung berair,mucus berwarna hijau pekat,selalu bersin,batul-batuk dan sakit mata. Semua symptom sebegini muncul ketika julat suhu terlalu rendah dan terlalu tinggi,seperti musim sejuk(winter),hujan,musim panas(summer).

Namun,jika saudari mengalami hidung berdarah secara kerap/konsisten,sila lah berjumpa doktor bagi mengesan symptom/masalah yang tersembunyi kerana terdapat banyak punca yang menyebabkan pendarahan hidung.

Jika masalah ini muncul seiring dengan perubahan suhu dan cuaca, saudari perlu mengambil lebih vitamin C,lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet,juga banyakkan minum air suam. sediakan air-humidifier di rumah untuk mengekalkan kelembapan dalam rumah dan mengelakkan udara kering. dapatkan pengudaraan yang baik.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hidung berdarah?

Faktor Luaran(external factors)

-          Trauma (boxing atau pergaduhan menyebabkan hidup berdarah)

-          Perubahan cuaca dan suhu yang mendadak

-          Kurang minum air

-          Kurang makan buah yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi

-          Bendasing (foreign body)

-          Asap rokok

-          Debu-debu luar

-          Ubat-ubatan seperti aspirin

-          ubatan herba yang berkaitan

Faktor dalaman (intrinsic factor)

-          Inflamasi pada hidung/selsema/rhinitis

-          leukemia

-          Darah tinggi

-          Kanser

-          Penyakit genetic mudah berdarah seperti kurang vitamin K(vitamin K penting untuk pembekuan darah), kurang factor yang menyebabkan pembekuan darah,seperti kurang factor VIII dalam darah.

-          Penyakit hati (liver diseases)

Bagaimana pendarahan boleh berlaku?

Kawasan yang biasa berdarah pada hidung dikenali sebagai Little’s area,terletak di bahagian hadapan nostril(lubang hidung),spesifik di kawasan septum yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali sebagai Kiesselbach plexus.

Terdapat juga pendarahan di bahagian belakang hidung(posterior) yang sukar untuk dikenalpasti.

Apabila terdapat jangkitan kuman pada kawasan ini,ataupun mengalami trauma,hentakan di muka dan sebagainya, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah.

 

 

 

 

 

 

Bagaimana merawat hidung berdarah di rumah?

FIRST AID measure

Sewaktu pendarahan

-          Bertindak tenang

-          Duduk dalam keadaan menegak, tundukkan kepala sedikit. Jangan angkat kepala dan membelakangkan kepala anda!ini mengundang risiko sesak nafas dan darah dari hidung akan mengalir ke saluran pernafasan anda dan seterusnya menghalang pernafasan!

-          Tekan lubang hidung (nostrils)dengan ibu jari dan jari telunjuk anda,pastikan anda tekan cartilage hidung,bahagian hujung hidung yang lembut. Tekan selama 10 minit.

-          Darah yang berkumpul di dalam mulut atau kawasan oropharynx perlu diludah keluar

-          Longgarkan baju anda,longgarkan tali leher,tali pinggang

-          Letakkan ice pack di belakang leher anda(bahagian bawah tengkorak kepala) dan juga letakkan ice pack di atas hidung anda. Ini untuk mengecutkan salur darah seterusnya menghentikan pendarahan

-          Selepas 10 minit, buang perlahan-lahan ice pack tadi dan duduk dalam keadaan yang sama.

Kebiasaannya darah akan berhenti mengalir selama 10-15 minit. Cuba bertenang dan dapatkan rehat yang mencukupi selepasnya.

Apabila pendarahan berhenti

-          Elakkan bersin,batuk

-          Jika udara di dalam rumah terlalu kering,anda dinasihatkan untuk ‘lembapkan’/humidify rumah anda dengan memasang air-humidifier. Elakkan menghidu asap rokok !

-          Jika tiada,anda boleh menggunakan spray ke muka,untuk memberi kelembapan kepada hidung,sekaligus menghentikan pendarahan.

Hidung saya masih berdarah,apa yang perlu saya buat?

Jangan panik! Jika pendarahan tidak berhenti, segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Apakah keadaan yang memerlukan rawatan segera ke hospital?

-          Jika darah mengalir dari kedua-dua lubang hidung selama kira-kira 20 minit

-          Epistaxis berlaku selepas trauma pada kepala,sama ada kemalangan,terjatuh atau kepala terhentak ke permukaan yang keras

-          Pendarahan masih lagi berlaku kira-kira 30 minit selepas membuat rawatan first aid(seperti di atas)

-          Apabila terasa pening-pening dan muntah-muntah akibat hentakan yang kuat pada muka

-          Apabila hidung berubah bentuk atau ‘slipped’ dari keadaan asal

-          Apabila seseorang itu telah berumur

-          Apabila seseorang itu mengalami darah tinggi

Kesimpulan

Memandangkan masalah hidung berdarah merupakan perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat kita,maka kesedaran dan langkah pendidikan awal mengenai masalah ini perlu dititik beratkan. Sediakan ice-pack dan kotak kecemasan seawalnya di rumah,di tempat kerja,di sekolah dan sebagainya. Pastikan semua bahan di dalam kotak kecemasan(first aid ) lengkap tersedia dan pastikan mana-mana ubatan tidak melepasi tarikh luput. Selain itu,anak-anak kecil perlu didedahkan dengan latihan kecemasan seumpama ini. Ibu bapa lah yang memainkan peranan penting dalam hal ini.

Bersedialah dari awal!

 

Rujukan

http://www.emedicinehealth.com/nosebleeds/page6_em.htm

http://www.highqproducts.com/nosebleeds.php

Comments  

 
0 #9 Ally Yen 2012-03-10 15:52
hai...salam nak tanya sikit..anak saya berusiah 5 tahun,hidung kerap berdarah tak kira siang atau malam.sejak umur anak saya berusiah 3 tahun lebih sehinggah sekara dah masuk 5 tahun hidung anak saya kerap berdarah siang atau malam.apakah anak saya mempunyi masaalah kesihatan yang serius tolong beri jawapan.tq
Quote
 
 
0 #8 ZUL 2012-02-06 03:49
SAYA MEMPUNYAI BABY BERUSIA 8 BULAN BARU2 INI DIA MENGALAMI PENDARAHAN DARI HIDUNG....ADAKAH PENDARAHAN INI BERBEZA DENGAN PENDARAHAN YG DIALAMI OLEH ORANG YANG LEBIH DEWASA....SEBELUM PENDARAHAN HIDUNG INI BERLAKU....ANAK SAYA SUDAH HAMPIR SEMINGGU SELSEMA BATUK DAN DEMAM (38)......
Quote
 
 
0 #7 lombong emas 2012-01-19 06:08
Anak sya juga selalu mengalami pndarahan hidung,sya juga mengmbil langkah2 yg tertera diatas,satu lg jika rumah anda ada menggunakan aircon pd waktu mlm di bilik anak anda..anda boleh hentikan peggunaan air con tersebut,krn aircon juga slh satu punca hidung ank anda berdarah...
Quote
 
 
0 #6 mama risau 2012-01-17 18:25
Anak lelaki saya berumur 6 tahun sejak beberapa tahun ini anak saya kerap mengalami pendarahan hidung selalunya waktu malam dan pagi. Saya khuatir adakah ianya membahayakan anak saya. Saya pernah membawa berjumpa doktor,dan doktor kata ianya mungkin faktor cuaca yg panas dan tidak membahayakan tetapi saya ada membaca artikel di internet kemungkinan ada sebab lain contoh luekimia bila saya memikirkn saya menjadi bertambh panik. Apa yg perlu saya lakukn untuk mengelakn anak mengalami pendarahan hidung
adakah permakanan? bantulah saya dgn penjelasan yg jelas dan melegakan saya yg tgh risau.


puan norima terima kasih
Quote
 
 
0 #5 mama risau 2012-01-17 18:25
Anak lelaki saya berumur 6 tahun sejak beberapa tahun ini anak saya kerap mengalami pendarahan hidung selalunya waktu malam dan pagi. Saya khuatir adakah ianya membahayakan anak saya. Saya pernah membawa berjumpa doktor,dan doktor kata ianya mungkin faktor cuaca yg panas dan tidak membahayakan tetapi saya ada membaca artikel di internet kemungkinan ada sebab lain contoh luekimia bila saya memikirkn saya menjadi bertambh panik. Apa yg perlu saya lakukn untuk mengelakn anak mengalami pendarahan hidung
adakah permakanan? bantulah saya dgn penjelasan yg jelas dan melegakan saya yg tgh risau.


puan norima terima kasih
Quote
 
 
-1 #4 linarnain 2011-11-11 10:55
salam,sy berusia 15 thun pda thun ini..saya kerap mengalami hidung berdarah.walaupun begitu,pendarahan ini sering berlaku pda stiap minggu terutama pada waktu subuh bahagian lubang kiri hidung manakala lubang hidung sebelah kanan tidak pernah mengeluarkan darah..apakah kesannya???terimakasih..=)
Quote
 
 
0 #3 zuriana 2011-10-05 03:31
SALAM,

ANAK LELAKI SAYA YG BERUMUR 5THN KERAP KALI MENGALAMI HIDUNG BERDARAH SEJAK BERUSIA 4 THN. DARAH YG KELUAR BUKAN SAJA DLM BETUK CECAIR TTP KDG2 UMPAMA PEPEJAL BERSAIZ KECIL. SAYA PERNAH BAWA BERJUMPA DOKTOR SEHINGGA KE PPUM (ENT) UNTUK PEMERIKSAAN TTP JWPN MRK KRN ANAK SAYA MENGALAMI KEKURANGAN AIR @ PERUBAHAN CUACA. YG SY KHUATIRI KTK UMUR ANK SY 10BLN, DIA PERNAH TERCAMPAK KELUAR DR STROLLER KTK KAMI TURUN DR ESCALATOR. KTK ITU DAHINYA BERDARAH & MULUT. SAYA TERUS BW KE PPUM UTK PEMERIKASAAN LANJUT & MRK MEMBUAT SCAN & CHECK UP MUJUR TIADA APA2 CUMA MRK BERPESAN DLM MASA 2-3 HR SEKIRANYA ANK SAYA MENGALAMI SEBRANG PENDARAHAN, DEMAM @ PENGSAN KN BW SEGERA KE HOSPITAL. MUJUR TIADA APA2 BERLAKU. TTP KTK UMUR 4THN DIA MULA MENGALAMI PENDARAHAN HIDUNG KTK TIDUR ATAU PD BILA2 MASA. SAYA AMAT RISAU KRN PANIK. APA PENDAPAT ENCIK/PUAN TTG PEMASALAHN INI. ADAKAH KESAN DR DIA JATUH KTK BAYI? SEKIAN TERIMA KASIH.
Quote
 
 
0 #2 iffa 2011-05-06 03:26
rakan saya sentiasa mengalami pendarahn hidung, apabila dia bangun dari tidur dia akan pening kepala dan terasa pitam dan pada waktu yang sama darah dari hidungnya akan mengalir, saya kurang pasti apa penyakitnya.
Quote
 
 
0 #1 hairul 2011-04-25 16:21
saya mengalami pendarahan hidung setiap hari, kebiasaanye pagj, petang dan malam. darah keluar pada kedua lubang hidung, terutama sebelah kanan. kepala menjadi pening dan rasa ingin muntah. saya ingin tahu apa yg saya alami skrg. saya dah merujuk ke hospital, tetapi tiada keputusan yg pasti.
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh

Iklan Best !

Photobucket

Daftar Masuk

Panel Cyberclinics

IDFAIZAL-2
IDWANI-1
IDPENG-2
IDEZAIRY-2
IDFATIN-1
IDHANIFAH-1
IDYUSRI

Tajuk Cyberclinics

 Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid hit[1410]
 Apakah itu penyakit apendiks? hit[9641]
 Anda Diserang Migraine?? hit[2936]
 Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp? hit[3686]
 Sakit Pinggang dan Kebas Kaki hit[5852]
 Risau Biji/Bengkak Di Bawah Dagu Atau Leher hit[7744]
 Susu Bagi Bayi Kekurangan G6PD hit[2604]
 Kesan Sampingan Paracetamol hit[4228]
 Bolehkah Enalapril diambil semasa hamil? hit[1301]
 Stress Menyebabkan Sakit Kepala? hit[2557]
 Kaitan antara Kekurangan G6PD dan Alergi? hit[2372]
 Sesak Nafas , Asthma? hit[1644]
 Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna? hit[5134]
 Kelahiran Bayi: True Alarms vs Real Contractions, Perlukah Episiotomi? hit[3362]
 Glaucoma, punca dan rawatannya? hit[2591]
 Pembedahan Jantung Berlubang: Perlukah? hit[3103]
 Owh, Kencing Manis Serang Saraf?? hit[2847]
 Apakah Itu Phlegm? hit[3066]
 Mata : Rabun Akan Bertambah? MIgraine dan Eye Floaters hit[2634]
  Kemandulan.Sebab-sebabnya, Penilaian Perubatan dan Pilihan Rawatannya.. hit[6583]
 Parut selepas Kemalangan ??? hit[3821]
 Selsema Lebih Daripada 2 minggu ???? hit[4979]
 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut Sebelah Kiri, Sebab-sebabnya.. hit[68879]
 Anda Sakit Tumit? hit[11362]
 Seks Ketika Kehamilan hit[5248]
 Kenapa Kita Tersedu? hit[5056]
 Dengkur, adakah merbahaya? Pilihan Rawatannya hit[5065]
 AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak! hit[5401]
 Sakit Perut dan Keracunan Makanan hit[4717]
 Kurang Berat Badan Merbahaya?? hit[2295]
 Kurus Berisiko Untuk Mendapat Kencing Manis? hit[1831]
 Skizofrenia, Penyakit Mental? hit[2827]
 Mulut Kering, Punca dan Rawatan hit[4165]
 Sakit Urat Selepas Bersukan hit[3573]
 Benjolan Ketika Period hit[3108]
 Penumbuhan Semula Tulang Yang Patah hit[4719]
 Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement hit[6846]
 Hidung Berdarah? Jangan Panik! hit[13107]
 Senaman Untuk Wanita Selepas C-Section hit[3995]
 Bersalin Normal Selepas Pembedahan hit[4668]
 Wanita dan Menopause hit[5658]
 Jangkitan Kelenjar Air Liur hit[3349]
 Cecair Pada Pusat, Jangkitan? hit[3916]
 Kurang Berat Badan: Cacing atau Metabolisma Tinggi? hit[2355]
 Payudara Gatal? hit[4623]
 Nisbah CD4 kepada CD8 untuk Pesakit HIV hit[1787]
 Punca Kebas Anggota Kaki dan Tangan hit[11136]
 Gugur rambut? Ini rawatannya hit[3340]
 Tracheostomy- Risiko pada bayi? hit[1759]
 Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos?? hit[3965]
 Apakah Fungsi Apendiks?? hit[3972]
 Diagnosis Sakit Kepala hit[2788]
 Kahak Berdarah, Bahaya?? hit[13037]
 Sesak Nafas, Penyakit Mental? hit[2846]
 Benjolan Di Telinga, Telinga Bunga Kubis? hit[2134]
 Kesan Makan Mee Segera hit[6991]
 Panduan Menggunakan Pil Yasmine hit[15303]
 Kentut Berbau Busuk! hit[4538]
 Sentiasa Sakit Kepala hit[2536]
 Sakit Batu Karang?? hit[2435]
 Rawatan Jerawat??? hit[2966]
 Suntikan Mencegah Kehamilan hit[4052]
 Produk Makanan Yang Menyebabkan Cancer hit[2183]
 Apa itu Essential Tremors?? hit[1869]
 Peluh Berwarna Putih? hit[1857]
 Risau Nafsu Seks Menurun hit[1841]
 Bakal Pengantin Resah Buah Zakar Senak hit[2323]
 SAKIT DADA merbahaya! hit[16920]
 Rawatan, potensi untuk pulih bagi stroke hit[4175]
 Jeli Gamat hit[1807]
 Keloid Selepas Pembedahan? hit[2274]
 Faktor Membantu dan Membantut Ketinggian hit[4297]
 Anda Lelaki? Lebih 50 tahun? Kenalilah Kanser Prostate! hit[2174]
 Rawatan Untuk Pesakit HIV hit[5296]
 Ingin Lebih Tinggi?? hit[2243]
 Scoliosis dan Kehamilan hit[2518]
 Kerap Sakit Belakang hit[2909]
 4 Langkah Mudah Tangani Migraine hit[2442]
 Vitamin B17 Dari Biji Buah Aprikot Mampu Mengubati Barah? hit[2044]
 Pil Pencegah Kehamilan hit[4526]
 Faktor Rhesus & Kesan Sampingan RhoGAM hit[2710]
 Cara Bersunat Paling Mudah hit[2790]
 Pembedahan Untuk Jantung Berlubang hit[2628]
 Madu Tak Selamat Untuk Bayi? hit[3877]
 Epsom Salt, Batu Hempedu dan Resdung hit[1791]
 Penjagaan Kesihatan Sewaktu Kehamilan hit[1749]

Online

We have 162 guests online

ShoutBoX


ShoutMix chat widget