Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

logo_cyberclinics902

sihat

Kongsi Artikel Ini

Like Cyberclinics !!!

Search

Kata Pengantar

 

"Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, duduk di kerusi roda, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. Sebarang maklumat yang disampaikan tidak mampu menggantikan pemeriksaan kesihatan secara terus antara doktor dan pesakit. Maklumat sekadar pengetahuan dan persediaan kepada pesakit.
 

Antara Artikel Cyberclinics

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
JT SlideShow Module v1.5.1
A+ R A-
User Rating: / 2
PoorBest 

AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak!

E-mail Print PDF
Share

 

 

 

Soalan

 Anak saya berusia 11bulan, mengalami bengkak kelenjar pada bahagian belakang telinga, dan akan menangis apabila disentuh pada bahagian itu, apakah masalahnya dan perlukah ia dirawat dengan segera?

 

 Jawapan

Terima kasih pada puan yang bertanya. Moga sihat hendaknya.

Berdasarkan maklumat yang puan berikan, saya berpendapat bahawa anak puan mengalami mastoiditis,iaitu jangkitan pada tulang mastoid yang terdapat di belakang telinga tengah. Namun begitu,saya nasihatkan puan segera berjumpa dengan pakar telinga,hidung dan tekak(ORL) untuk mendapatkan pengesahan dan pemeriksaan lanjut. Puan,sebenarnya saya kurang mengerti maksud kelenjar di bahagian belakang telinga itu kerana ia membawa dua maksud pada saya iaitu anak puan mungkin mengalami bengkak itu disebabkan jangkitan bakteria pada mana-mana bahagian organ/tempat selain telinga(bengkak itu disebabkan bengkak kalenjar limfa di belakang telinga/post-auricular lymph node) ataupun bengkak itu disebabkan terdapat jangkitan pada telinga anak puan sendiri.

Namun,berdasarkan data yang diberikan,anak puan baru berusia 11 bulan,dan akan menangis jika bahagian bengkak itu disentuh,saya berpendapat mungkin anak puan mengalami mastoiditis. Mastoiditis merupakan komplikasi kronik akibat jangkitan pada telinga tengah (otitis media),sangat  kerap berlaku pada kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 18 bulan. Kajian mengesahkan kanak-kanak di peringkat usia 6 bulan hingga 18 bulan akan mengalami otitis media sekali atau berulang kali dalam fasa usia ini. Namun,apabila umur bayi meningkat ,selepas 18 bulan, kadar imuniti dan daya tahan tubuh semakin meningkat,struktur anatomi tiub Eustachio(yang menghubungkan telinga tengah dan nasopharynx,penting untuk kawalan keseimbangan udara antara telinga tengah dan mulut) juga semakin matang dan pada usia sebegini,risiko jangkitan pada telinga kurang berlaku.

 

 

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada otitis media?

  1. Cara infeksi berlaku

-          Organisma luar seperti bakteria dan virus akan menyerang melalui tiub Eustachian seperti dalam kes selsema, jangkitan kuman pada tonsil(tonsillitis), adenoid, measles(demam campak) dan beguk (mumps). Selain itu, bayi yang selalu muntah dan tersedak selepas minum susu(terutama susu botol) turut mengalami jangkitan pada telinga.

-          Jangkitan juga akan berlaku apabila gegendang telinga pecah seperti pukulan/hentakan yang kuat pada kepala, bunyi yang sangat kuat dan sebagainya.

-          Jangkitan pada telinga juga turut berlaku melalui darah(blood borne) seperti dalam kes sepsis,tetapi kes ini sangat jarang brlaku.

 

       2. jenis bakteria/virus  yang menyerang

    

-          Stretococcus pneumonia

-          Group A beta haemolytic streptococci

-          Hemophilus influenza

-          Pneumococci

-          Moraxella catarrhalis

-          Respiratory syncytial virus(RSV)-virus utama yang menyerang kanak-kanak

Faktor-faktor lain seperti berikut:

  1. Struktur anatomi tiub Eustachio bayi yang pendek,lurus dan diameter yang besar memudahkan dan mempercepatkan proses jangkitan
  2. Terdedah kepada asap rokok pada keadaan sekeliling.
  3. Jangkitan daripada orang sekeliling seperti di Nursery. Virus atau bakteria tersebar di udara ,dan apabila keadaan ramai orang di sekeliling serta tempat yang sempit,akan mempercepatkan proses jangkitan.
  4. Bayi yang mengalami selsema,demam,batuk-batuk perlu dirawat dengan segera! Kerana jangkitan pada system pernafasan boleh menyebabkan komplikasi otitis media
  5. Kanak-kanak yang menyusu botol lebih mudah dijangkiti OM kerana ketika menyusu,bayi akan tidur dalam keadaan terbaring dan bukannya seperti posisi menyusu badan.selain itu,susu formula juga mudah dijangkiti kuman dan tidak mengandungi antibody(immunoglobulin yang hanya terdapat pada susu ibu sahaja)
  6. Bayi yang menggunakan pacifier juga boleh terdedah kepada jangkitan ini kerana apabila proses menghisap pacifier menyebabkan banyak air liur terkumpul di ruang mulut bayi,merupakan medium terbaik untuk bakteria dan virus berkumpul seterusnya masuk ke telinga tengah melalui salur Eustachio.
  7. Jika anak anda yang lain turut mengalami selsema atau jangkitan pada telinga, bayi anda akan turut sama terkena. Ini kerana daya imuniti bayi masih rendah.

Apakah tanda-tanda anak anda mengalami otitis media?

-          Demam yang teruk

-          Muntah-muntah

-          Cirit birit

-          Susah untuk makan/menyusu

-          Menarik telinga secara kerap atau menggeleng-gelengkan kepala(tanda sakit)

-          Menangis tanpa henti sambil memegang telinga

Apakah komplikasi otitis media?

Komplikasi utama ialah kurang daya pendengaran (impaired hearing loss) jika jangkitan berlaku secara kerap atau berulang kali.  Kanak-kanak mengalami masalah pendengaran akan mengalami juga masalah dalam pertuturan dan pemahaman.

Selain itu,terdapat juga komplikasi yang amat berbahaya seperti mastoiditis, cholesteatoma , jangkitan pada telinga dalam(inner ear) dan jangkitan pada otak. Namun, kes ini akan berlaku jika bayi atau kanak-kanak tidak mendapatkan rawatan dengan segera dan apabila dibiarkan terlalu lama.

Berkenaan dengan kes anak puan, saya akan bincangkan secara lanjut mengenai mastoiditis pada kanak-kanak. Sebenarnya, mastoiditis pada hari ini sudah jarang berlaku kerana wujudnya pencegahan awal seperti suntikan imunisasi pada bayi, kempen Ekslusif Breast Feeding(EBF), dan penemuan ubat-ubatan yang baru ,semua ini merupakan ‘rakan sokongan’ kepada sistem imuniti dan kesihatan cemerlang untuk bayi dan kanak-kanak.

Di sini,ingin saya ajukan beberapa soalan kepada puan,

-          Puan mempunyai berapa orang anak? Dan anak puan ini anak ke berapa?

-          Anak puan mengalami symptom-simptom AWAL seperti yang saya sebutkan di atas?

-          Anak puan ada mengalami masalah lain?sakit lain?

-          Puan mengambil suntikan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan?

-          Bagaimana dengan breast-feeding? Adakah puan BF selama 6 bulan pertama?

-          Bagaimana dengan susu botol? Adakah anak puan minum susu botol?

-          Puan bekerja? Setiap kali bekerja,siapakah yang menjaga anak puan? Di nursery?

-          Adakah puan memperkenalkan makanan tambahan pada anak puan? Apakah makanan itu?

-          Bagaimana dengan perkembangan fizikal dan mental anak puan? Merangkak di usia berapa?

-          Adakah anak-anak puan yang lain turut sama mengalami masalah ini?

-          Ini kali ke berapa anak puan mengalami masalah ini? Jika ini bukan yang pertama kali, adakah puan pernah merujuk anak puan ke hospital?

Mastoiditis merupakan jangkitan kronik pada sel-sel udara tulang mastoid. Mastoiditis berlaku disebabkan jangkitan pada telinga tengah secara berulang (repeated otitis media).

Apakah tanda-tanda yang boleh dilihat ?

-          Demam yang teruk(suhu 38-39 C)

-          Terdapat cecair yang keluar dari telinga,pekat dan berbau busuk

-          Sakit pada telinga,bahagian belakang telinga,dan merebak ke leher dan belakang leher. Sakit makin bertambah apabila bayi tidur dalam keadaan terbaring(flat)

-          Kurang pendengaran

-          Tinnitus (seolah-olah bunyi dengung pada telinga)

-          Terdapat bengkakan pada bahagian belakang telinga,berwarna kemerahan dan panas di sekitar benjolan

Namun,harus diingat, symptom yang terdapat pada mastoiditis boleh juga terdapat pada penyakit lain. Oleh itu,puan perlu segera berjumpa pakar!

Doktor biasanya akan memasukkan alat dipanggil sebagai otoscope ke dalam telinga anak anda,untuk mengesan dan melihat mana-mana tanda-tanda jangkitan yang terdapat di dalam telinga anak anda.

 

Doctor juga akan melakukan beberapa ujian seperti:

-          Tympanometry – ujian untuk mengesan sama ada telinga tengah berfungsi atau tidak. Ianya bukan untuk mengesan tahap pendengaran anak anda ya!

-          Ujian darah

-          Bacterial culture – untuk mengetahui jenis bakteria dan antibiotic yang sesuai

-          X-ray pada bahagian kepala

-          CT scan di bahagian kepala – untuk mengesan jikalau jangkitan merebak ke tisu otak

Rawatan mastoiditis

Rawatan bergantung kepada umur anak anda, keadaan fizikal nya,kadar toleransi kepada ubat-ubatan, dan perbincangan khusus dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan rawatan. Seterusnya,rawatan akan diteruskan di hospital.  antibiotik dan air perlu dimasukkan melalui IV(salur darah)

Pembedahan kecil juga akan dijalankan untuk membuang nanah pada tulang mastoid, juga untuk memulihkan pendengaran dan keseimbangan dalam telinga, doctor akan memasang tiub udara pada gegendang telinga.

Pemeriksaan sendiri di rumah?

Jika anak anda mengalami masalah otitis media, anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri di rumah! Anda boleh dapatkan alat untuk memeriksa telinga sperti Ear Check Monitor di farmasi berdekatan. anda hanya perlu memasukkan alat itu ke dalam telinga anak,dan alat itu akan berbunyi dan mengeluarkan arahan seperti 'jumpa doktor', 'telinga ok' dan sebagainya.

Mencegah itu lebih baik dari merawat!

 

Apakah cara-cara untuk mencegah otitis media pada kanak-kanak?

Penjagaan kebersihan yang baik! Amalkan basuhan tangan di mana-mana sahaja.HAND HYGIENE. Lihat teknik cucian tangan di bawah. Sebelum menyentuh anak anda,sebelum menyediakan makanan untuknya,sebelum menciumnya,pastikan tangan anda dibasuh dengan sempurna!

  1. Sediakan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk anak anda! Amalkan memakan sayur-sayuran hijau seperti sawi,lobak,bayam dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C . sayur-sayuran dan bijirin juga kaya dengan vitamin E,zink dan bahan mineral lain berfungsi sebagai antioksida sekaligus meningkatkan daya imuniti tubuh! Amalkan makan yogurt sebagai dessert tambahan kerana yogurt merupakan pro-biotics yang mengandungi ejen lactobacillus,melindungi tubuh daripada serangan bakteria jahat!
  2. Pengambilan vaksin yang teratur. Terdapat vaksin tambahan seperti Pneumococcal conjugate vaccine(PCV)seperti Prevnar 13 menghalang dari serangan bakteria Strep.pneumonie. terdapat dalam 4 dose,diambil ketika usia 2,4,6,12 atau 15 bulan.
  3. Elakkan terdedah kepada asap rokok
  4. Breast feeding (BF) seawal usia 6 bulan pertama- terdapat immunoglobulin iaitu antibody ibu yang cukup memberikan perlindungan yang baik kepada bayi. Selain itu,posisi ketika BF juga mengurangkan risiko jangkitan pada telinga. Anak-anak yang menyusu botol juga dinasihatkan agar menyusu mengikut posisi ketika BF.

 

    

Rawatan ubat-ubatan

Atibiotik sebenarnya bukanlah ubatan utama untuk merawat masalah ini. Namun,sebahagian doctor akan ‘prescribe’ antibiotic jika terdapat tanda-tanda komplikasi seperti demam yang tinggi,sakit pada telinga dan sebagainya. Antara jenis antibiotic yang biasa digunakan ialah amoxicillin. Jika anak anda allergik terhadap penicillin,doctor akan memberikan antibiotic Azithromycin dan Clarithromycin.

Perlu diingatkan! Sebarang ubat yang disebutkan di atas perlu mendapatkan preskripsi bertulis daripada doctor sebelum anda mendapatkannya!!

Kanak-kanak yang biasanya berumur kurang dari 6 tahun dan ke bawah dan jika mengalami jangkitan yang teruk, rawatan antibiotic yang diperlukan adalah selama 10 hari. Jika kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke atas dan jangkitan yang dialami tidak teruk,maka antibiotic perlu diambil selama 5-7 hari.

Namun,penting diingatkan! Anda perlu menghabiskan antibiotik secara total, maksudnya jika anak anda sudah sembuh selepas mengambil antibiotik,tetapi ubat antibiotik masih lagi berbaki,anda perlu menghabiskan kesemuanya. ini penting untuk mengelakkan masalah ‘bacterial resistant’. Maksudnya,jika anak anda dijangkiti lagi dengan masalah yang sama,jika anda memberi antibiotic sekali lagi,antibiotic itu tidak akan membawa kesan apa-apa kepada jangkitan terbabit.

Cadangan penulis

Untuk masalah anak puan, suka saya ingatkan sekali lagi, SEGERA lah berjumpa dengan pakar ENT/ORL. Dan jangan lupa,amalkan selalu langkah-langkah pencegahan yang dinyatakan di atas.semoga anak puan sembuh dengan cepat dan sihat-sihat selalu!

untuk rujukan rakan-rakan medik,juga para pengamal perubatan,di sini saya sertakan Algorithm for Otitis Media

Rujukan

 

www.guideline.gov/algorithm/ 6367/NGC-6367_1.html

www.squidoo.com/ wash-your-hands

http://www.nytimes.com/imagepages/2007/08/01/health/adam/19596Eustachiantube.html

http://www.medicinenet.com/otitis_media/article.htm

 

El-Shennawy Manual of Otolaryngology 6th Edition by Prof Dr Magid El-shennawy,Head of ENT Department,Faculty of Medicine,Cairo University

Manual of Integrated Management of Childhood Illness, Cairo University

Nelson Essentials of Pediatrics,6th Edition,Saunders‎

 




Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
+1 #4 Azliana Ahmad 2012-02-10 13:58
Assalam..
Anak saya berusia 8 bulan dan telah 2 minggu selsema dan batuk. Dah pegi bwk ke klinik biasa dan bila balik dari nursery, sy perasan yang telinga dia keluar cairan pekat, saya bawa ke pakar kanak-kanak.Doktor beri antibiotik untuk dihabiskan selepas doktor check telinga ank sy guna otoscope.Selepas seminggu, antibiotik dah habis, batuk masih ada, cairan yg keluar dari telinga dah berkurangan dan cair. Pakar tersebut tidak meminta sy datang lagi untuk membuat pemeriksaan ulangan. Tapi sy masih risau dgn keadaan ank sy. Tiada tanda2 dia kesakitan, cairan yg keluar itu tidak berbau tapi masih keluar. Sebenarnya berapa lama masa utk masalah seperti ini sembuh?
Quote
 
 
0 #3 assalamualaikum 2011-05-23 06:00
semoga doktor semua dirahmati Allah.
anak sy umur 2 buln. badan sihat Alhamdulillah x demam. sbntar td akak perasan ada kesan tahi telinga cair yg dah kering di keliling luar saluran telinga. bila sy cuci dgn putik kapas didapati bnyak cecair pekat kuning tu di bhgn dalam telinga. tp anak x menunjukkan sbrg tanda kesakitan. adakah itu tahi telinga normal atau jangkitan disbbkan air masuk ke telinga ketika mandi? apa prlu sy buat. jazakallah
Quote
 
 
0 #2 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-02-24 03:45
sila bawa berjumpa dengan dr ENT
Quote
 
 
0 #1 badrul 2011-02-24 03:38
Assalam,

Anak saya berumur 1 tahun 7 bulan, semalam saya baru perasan telinga kanan dia ada mengeluarkan cecair macam nanah tapi bewarna kuning, untuk makluman anak saya ni dah hampir seminggu demam, badan agak panas tapi sekejap panas sekejap ok..saya dah bawak beliau ke klinik dan doktor mengatakan ada jangkitan kuman, soalan saya adalah, apakah tindakan selanjutnya yang perlu saya ambil, adakah saya kena pergi berjumpa dengan pakai ENT ataupun saya habiskan dulu ubat yg dibekalkan oleh pihak klinik.
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh

Iklan Best !

Photobucket

Daftar Masuk

Panel Cyberclinics

IDFAIZAL-2
IDWANI-1
IDPENG-2
IDEZAIRY-2
IDFATIN-1
IDHANIFAH-1
IDYUSRI

Tajuk Cyberclinics

 Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid hit[1615]
 Apakah itu penyakit apendiks? hit[9857]
 Anda Diserang Migraine?? hit[3134]
 Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp? hit[3914]
 Sakit Pinggang dan Kebas Kaki hit[6171]
 Risau Biji/Bengkak Di Bawah Dagu Atau Leher hit[7989]
 Susu Bagi Bayi Kekurangan G6PD hit[2788]
 Kesan Sampingan Paracetamol hit[4453]
 Bolehkah Enalapril diambil semasa hamil? hit[1455]
 Stress Menyebabkan Sakit Kepala? hit[2750]
 Kaitan antara Kekurangan G6PD dan Alergi? hit[2560]
 Sesak Nafas , Asthma? hit[1816]
 Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna? hit[5313]
 Kelahiran Bayi: True Alarms vs Real Contractions, Perlukah Episiotomi? hit[3568]
 Glaucoma, punca dan rawatannya? hit[2768]
 Pembedahan Jantung Berlubang: Perlukah? hit[3272]
 Owh, Kencing Manis Serang Saraf?? hit[3086]
 Apakah Itu Phlegm? hit[3248]
 Mata : Rabun Akan Bertambah? MIgraine dan Eye Floaters hit[2860]
  Kemandulan.Sebab-sebabnya, Penilaian Perubatan dan Pilihan Rawatannya.. hit[6980]
 Parut selepas Kemalangan ??? hit[4012]
 Selsema Lebih Daripada 2 minggu ???? hit[5259]
 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut Sebelah Kiri, Sebab-sebabnya.. hit[69540]
 Anda Sakit Tumit? hit[11785]
 Seks Ketika Kehamilan hit[5489]
 Kenapa Kita Tersedu? hit[5290]
 Dengkur, adakah merbahaya? Pilihan Rawatannya hit[5239]
 AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak! hit[5583]
 Sakit Perut dan Keracunan Makanan hit[4914]
 Kurang Berat Badan Merbahaya?? hit[2495]
 Kurus Berisiko Untuk Mendapat Kencing Manis? hit[1992]
 Skizofrenia, Penyakit Mental? hit[3016]
 Mulut Kering, Punca dan Rawatan hit[4398]
 Sakit Urat Selepas Bersukan hit[3769]
 Benjolan Ketika Period hit[3262]
 Penumbuhan Semula Tulang Yang Patah hit[4907]
 Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement hit[7071]
 Hidung Berdarah? Jangan Panik! hit[13372]
 Senaman Untuk Wanita Selepas C-Section hit[4193]
 Bersalin Normal Selepas Pembedahan hit[4875]
 Wanita dan Menopause hit[5899]
 Jangkitan Kelenjar Air Liur hit[3533]
 Cecair Pada Pusat, Jangkitan? hit[4128]
 Kurang Berat Badan: Cacing atau Metabolisma Tinggi? hit[2540]
 Payudara Gatal? hit[4848]
 Nisbah CD4 kepada CD8 untuk Pesakit HIV hit[1938]
 Punca Kebas Anggota Kaki dan Tangan hit[11458]
 Gugur rambut? Ini rawatannya hit[3550]
 Tracheostomy- Risiko pada bayi? hit[1908]
 Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos?? hit[4213]
 Apakah Fungsi Apendiks?? hit[4186]
 Diagnosis Sakit Kepala hit[3008]
 Kahak Berdarah, Bahaya?? hit[13281]
 Sesak Nafas, Penyakit Mental? hit[3038]
 Benjolan Di Telinga, Telinga Bunga Kubis? hit[2303]
 Kesan Makan Mee Segera hit[7225]
 Panduan Menggunakan Pil Yasmine hit[15614]
 Kentut Berbau Busuk! hit[4775]
 Sentiasa Sakit Kepala hit[2691]
 Sakit Batu Karang?? hit[2603]
 Rawatan Jerawat??? hit[3182]
 Suntikan Mencegah Kehamilan hit[4231]
 Produk Makanan Yang Menyebabkan Cancer hit[2329]
 Apa itu Essential Tremors?? hit[2050]
 Peluh Berwarna Putih? hit[2004]
 Risau Nafsu Seks Menurun hit[2028]
 Bakal Pengantin Resah Buah Zakar Senak hit[2509]
 SAKIT DADA merbahaya! hit[17239]
 Rawatan, potensi untuk pulih bagi stroke hit[4365]
 Jeli Gamat hit[1960]
 Keloid Selepas Pembedahan? hit[2421]
 Faktor Membantu dan Membantut Ketinggian hit[4526]
 Anda Lelaki? Lebih 50 tahun? Kenalilah Kanser Prostate! hit[2342]
 Rawatan Untuk Pesakit HIV hit[5523]
 Ingin Lebih Tinggi?? hit[2427]
 Scoliosis dan Kehamilan hit[2775]
 Kerap Sakit Belakang hit[3212]
 4 Langkah Mudah Tangani Migraine hit[2708]
 Vitamin B17 Dari Biji Buah Aprikot Mampu Mengubati Barah? hit[2356]
 Pil Pencegah Kehamilan hit[4798]
 Faktor Rhesus & Kesan Sampingan RhoGAM hit[2975]
 Cara Bersunat Paling Mudah hit[3016]
 Pembedahan Untuk Jantung Berlubang hit[2800]
 Madu Tak Selamat Untuk Bayi? hit[4050]
 Epsom Salt, Batu Hempedu dan Resdung hit[1947]
 Penjagaan Kesihatan Sewaktu Kehamilan hit[1887]

Online

We have 247 guests online

ShoutBoX


ShoutMix chat widget