Soalan
Apakah sering melakukan onani bagi wanita hamil boleh mendatangkan risiko pada bayi yang dikandungnya?
Jawapan
Terima kasih atas soalan. Perbuatan onani termasuk dalam salah satu cara hubungan seks maka saya akan menjawab soalan saudari secara keseluruhan iaitu hubungan seks ketika kehamilan.
Hubungan seks secara amnya tidak berbahaya kepada ibu yang mengandung. Ini termasuklah hubungan intim antara isteri yang mengandung dengan si suami (sexual penetration) ataupun perbuatan memuaskan nafsu sendiri secara melancap (onani atau masturbation).
Memilih sama ada melakukan atau tidak melakukan hubungan seksual semasa kehamilan bergantung kepada si ibu yang mengandung itu sendiri. Ada ibu mendapati seks semasa kehamilan memberi kepuasan kepada diri sendiri dan juga pasangan di samping merapatkan hubungan antara si suami dan si isteri. Namun demikian ada juga kaum ibu yang mengandung mengelak daripada melakukan perbuatan tersebut kerana risau boleh mencederakan bayi dalam kandungan, loya, muntah-muntah ataupun perasaan sendiri yang tidak selesa. Dalam hal ini si suami perlu memahami keadaan si isteri dan tidak sekali-kali memaksa si ibu untuk melakukan hubungan seksuan tanpa kerelaan mereka.
Si ibu perlu mengenalpasti adakah mereka termasuk dalam golongan dilarang melakukan seks semasa kehamilan, iaitu golongan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1.Anda pernah melahirkan anak tidak cukup bulan (hamil kurang daripada 37 minggu).
2.Placenta Previa (uri bayi menutup lubang cervix)

3.Air ketuban telah pecah
4.Mengalami pendarahan atau ada cecair keluar daripada vagina semasa mengandung
5.Anda atau pasangan anda mempunyai penyakit kelamin (STD= sexual transmitted disease)
6.Pernah mengalami keguguran
7.Cervix yang lemah (incompetent cervix) di mana cervix terbuka awal dan menyebabkan keguguran ataupun melahirkan anak tidak cukup bulan.
8.Mengandung anak kembar
Bolehkah hubungan seksual secara intim atau onani menyebabkan keguguran atau pengecutan otot rahim (contraction)?
Kandungan normal dan tidak mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas sepatutnya tidak akan mengalami apa-apa masalah. “Contraction” yang dirasakan selepas klimaks adalah berlainan daripada “contraction” semasa proses melahirkan anak. Sebahagian doctor menasihatkan si Ibu yang berada dalam golongan ini supaya tidak melakukan hubungan seksual di minggu-minggu terakhir kehamilan sebagai langkah berjaga-jaga kerana air mani si suami boleh merangsang otot rahim si ibu untuk mengecut dan melahirkan anak.
Si ibu yang mempunyai ciri-ciri dilarang sudah tentu berpotensi besar untuk menyebabkan pengecutan otot rahim.
Bilakah masanya menghubungi doctor?
Anda perlu menghubungi doctor sekiranya :
1.Anda tidak pasti sama ada anda hamil secara normal atau tidak
2.Anda mengalami symptom-simptom seperti sakit, pendarahan, keluar cecair ataupun terasa otot mengecut yang berpanjangan selepas hubungan seksual.
Wallahualam
| < Prev | Next > |
|---|


































































































Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid
Comments
refer pakar kulit (dermatologist)
RSS feed for comments to this post