Soalan
Sejak tahun ni..saya sering mengalami kebas kaki dan tangan..tak kira la waktu tidur ke..waktu duduk ke..cepat sangat kaki dan tangan rasa kebas..sedangkan kadang-kadang..saya duduk tak sampai 5 minit..kaki dah rasa kebas..dan saya bukanla duduk bersila pun..kaki saya juga selalu rasa lemah..kadang2 nak angkat pun macam tak boleh..adakah ini berkaitan dengan saraf atau pun sebab saya kurang darah?saya tak tahu kenapa saya kerap sangat alami benda ini..tolong bagi cadangan untuk saya hadapi semua ini dan kenapa saya alami semua ni..terima kasih
Jawapan
Assalamualaikum buat yang bertanya.
Simptom kebas atau lenguh pada anggota kaki atau tangan adalah berlaku disebabkan oleh berapa faktor.
Punca-Punca.
- 1.Tekanan atau pressure yang dikenakan kepada sistem saraf pusat atau pun periferal.
- 2.Jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster.
- 3.Kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau pun gumpalan bekuan yang berada di dalam sistem darah.
- 4.Carpal Tunnel Syndrome. Sindrome ini boleh berlaku disebabkan oleh berlakuknya penyempitan dan tekanan yang dikenanakan kepada saraf median (median nerve.) Pesakit biasanya akan mengalami kekebasan di bahagian tangan yang dibekal oleh saraf median. Biasanya kekebasan akan dialami di kawasan bahagian lateral tapak tangan (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
- 5.Kencing manis. Diabetis mellitus juga dikaitkan dengan simtom kebas anggota tubuh. Justeru, pesakit digalakkan untuk sentiasa melakukan ujian pengesahan aras gula di dalam tubuh jika mengalami simptom seperti ini.
- 6.Ketidakseimbangan nilai kalsium, potassium dan sodium di dalam tubuh.
- 7.Kurang vitamin B12 dan juga vitamin-vitamin yang lain.
Langkah pencegahan dan penyelesaian.
Untuk anda yang mengalami simptom kebas pada tangan dan kaki, sebaiknya segera mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut daripada mana-mana pegawai perubatan yang berhampiran sekiranya simptom tersebut berlanjutan, berterusan dan mengganggu jadual rutin hidup anda.
- Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda. Ini bagi meastikan nilai gula di dalam tubuh anda normal atau pun tidak.
- Ambil suplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin yang bleh di dapati di mana-mana farmasi berhampiran. Dapatkan juga nasihat daripada pegawai farmasi mengenai symptom anda.
- Lakukan ujian CT scan, X-ray, ultrasound atau pun MRI di hospital. Pegawai perubatan di sana akan mengesahkan bahawa anda benar-benar perlu untuk melakukan ujian ini atau pun tidak.
- Lakukan senaman-senaman ringan bagi melancarkan lagi system darah anda dan seterusnya mengekalkan kesihatan tubuh.
| < Prev | Next > |
|---|


































































































Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid
Comments
sy ada alami rs kebas di sebahagian kaki sy dlm tempoh ms yg lma.sy ingin tahu apakah sebbnya.bila sy mengurut kaki sy terasa spt jarum yg menyucuk.(sudh seminggu )
Sejak kebelakangan ini saya mengalami kebas-kebas pada jari jemari saya pada waktu padi. Jari-jari terasa membengkak dan terasa kebas apabila menggenggam. Kenapa ianya berlaku? Terima kasih
Saya merupakan seorang pesakit yang bermasalah injap (injap jantung tak berfungsi). saya telah menjalani penukaran injap dan sekarang memakai injap besi... nama spesifiknya saya tak tahu.. dan saya kena mengambil ubat mencairkan darah seumur hidup... pembedahan telah dilakukan pada tahun 2004. saya nak tahu ... bolehkah orang seperti saya mengambil apa2 suppliment.. kerana sebelum ini saya tidak digalakkan mengambil sebarang ubat atau suppliment selain ubatan dari hospital... masalahnya saya sekarang mengalami kebas-kebas jari kaki dan kekadang sesak nafas... ujian darah dan ECG telah dilakukan tetapi tiada apa2 masalah yang dapat dilihat... minta sedikit nasihat dar doktor untk masalah saya ini. terima kasih.
adakah kegemukan juga faktor cepat kebas kaki...kalau sy amek supplement vit & cal blh mengurangkan ke kebas tu??
risau time nk bersimpuh masa akad nikah...buruk kot rupanya pengantin pompuan kejap ke kiri kejap ke kanan...adoiii
suhana..kehamilan boleh menyebabkan sarah dihimpit (akibat kandungan yang besar)...sometimes it takes time to recover...boleh ambil calcium atau supplement
saya baru sebulan bersalin, masa hamil hari itu memang ada kebas jari2, tapi selepas bersalin pun masih juga terasa kebasnya..
adakah itu normal? dan bolehkan saya mengambil kalsium atau vitamin tambahan tanpa menjejaskan penyusuan ke atas bayi?
terima kasih
RSS feed for comments to this post