User Rating: / 8
PoorBest 

Fungsi Apendiks?

Tuesday, 23 November 2010 16:07 Nur Syazwani Johal 2 Comments Artikel Cyberclinics - Bidang Perubatan (Medikal)
E-mail Print PDF
Share

 

 

PhotobucketSoalan

fungsi apendiks?

Jawapan

Salam

Terdapat segelintir daripada kita mempercayai bahawa apendiks adalah sejenis penyakit apabila memakan biji buah/biji cili.Namun kepercayaan ini adalah salah sama sekali kerana apendiks merupakan organ yang terdapat dalam tubuh manusia.

Bagi yg bukan dalam bidang medic,mari mengenali sedikit tentang apendiks.

Apa itu apendiks?

Apendiks merupakan tiub yg sempit ,berongga  dan hujungnya tertutup .Ia bersambung dgn cecum(bahagian awal usus besar). Kebiaasaannya ,panjang apendiks ialah 10cm.Diameternya pula antara 7-8mm. Nama lain bagi apendiks ialah “vermiform appendix” kerana bentuknya yg seperti cacing.

Photobucket

Lokasi

Jika dilihat pada gambar rajah di bawah,titik merah tersebut merupakan lokasi apendiks(berdasarkan titik McBurney).Titik ini adalah 2/3 dari pusat dan Anterior Superior Iliac Spine-ASIS (tulang yg paling ketara pada pinggul kanan)

Photobucket

 

Apakah Fungsi Apendiks?

Fungsi apendiks telah lama menjadi misteri dikalangan doctor,ramai diantara mereka mempercayai apendiks tiada fungsi di dalam badan.Jika ditanya mana2 saintis atau penyelidik,mereka pasti akan menerangkan betapa hebatnya ciptaan Allah,setiap bahagian dalam badan pasti ade kegunaan.Jadi,adakah apendiks diciptakan sebagai HIASAN semata-mata?

Setelah pelbagai kajian giat dijalankan,beberapa artikel dan teori dari saintis/doktor mula dikeluarkan berkaitan fungsi apendiks.

1.       Fungsi penting bagi fetus dan kanak2

Sel endokrin dijumpai di dalam apendiks fetus( bayi yg masih berada dalam rahim ibu,berusia lebih kurang 11 minggu) .Sel ini menghasilkan pelbagai biogenik amine dan hormone peptide,yg membantu memastikan biologi fetus dalam keadaan stabil.

2.       Rumah lindungan bagi bacteria baik

Apabila berlaku cirit birit/kolera secara berulang,bacteria2 baik akan berlindung di dalam apendik.Bakteria2 baik ini diperlukan utk membantu di dalam proses pencernaan,penyerapan dan pembuangan makanan yg anda makan.

Photobucket

 

3.       Sistem pertahanan badan

Apendik dipercayai memainkan peranan  penting dalam sistem pertahanan badan .Tisu limpoid mula berkumpul sejurus selepas dilahirkan dan mencapai tahap maksimum pada usia 20-an dan 30-an,menurun dengan cepat dan hilang apabila mencapai usia 60 tahun.

Pengumpulan limpoid ini membolehkan apendiks bertindak sebagai organ limpoid, yang membantu B lymphocyte(salah satu darah putih)menjadi matang dan menghasilkan antibodi yang dipanggil immunoglobulin A (IgA) antibody.Para penyelidik juga mengatakan apendiks terlibat di dalam menghasilkan molekul yg membantu arah pergerakan lymphocyte ke seluruh tubuh badan.

Apabila darah putih terdedah dengan pelbagai antigen atau bahan asing yg terdapat di dalam sistem pencernaan badan,apendiks membantu membantutkan serangan ini  dengan menggalakkan penghasilan immuniti setempat.Immuniti setempat ini mengambil fungsi yg sangat penting di dalam menghasilkan pertahanan badan dan mengawal makanan,ubat,microbial, ataupun antigen virus.

Namun begitu,kaitan antara immuniti setempat dan penyakit usus besar masih dalam penyelidikan

4.       Digunakan ketika dalam pembedahan.

SEBELUM INI,pembuangan apendiks dijadikan rutin ketika pembedahan yg melibatkan abdomen.Ini bagi mencegah sebarang kemungkinan berlakunye radang apendiks(appendicitis) di masa akan datang.

SEKARANG,rutin ini tidak lagi dijalankan ,sebaliknya apendiks ini disimpan kerana dikuatiri akan digunakan jikalau pundi kencing terpaksa dibuang kerana sebab2 tertentu.Di dalam pembedahan tersebut,sebahagian usus dijadikan gantian pundi kencing dan apendik pula dijadikan otot yang mengawal air kencing(sphincter muscle).Maka pesakit tersebut dapat menahan air kencing.

Sebagai tambahan,apendiks berjaya digunakan sebagai gantian untuk sebarang penyakit pada ureter(salur yg membenarkan air kencing untuk mengalir dari ginjal ke pundi kencing).

Sekian,wassalam

Rujukan

1.       http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=what-is-the-function-of-t

2.       http://www.abc.net.au/news/stories/2007/10/10/2055374.htm

3.       http://en.wikipedia.org/wiki/Vermiform_appendix

4.       http://mamashealth.com/organs/appendix.asp

5.       http://www.disabled-world.com/artman/publish/appendix.shtml

 




Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
0 #2 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-06-15 12:10
soal bukan di sini
Quote
 
 
0 #1 uwais qurni 2011-06-15 11:48
Di sini saya ada beberapa soalan:
1. Apakah punca sebenar penyakit apendiks?
2. Adakah penyakit apendiks berpunca dari memakan biji-biji kecil?
3. Anak saya selalu memakan kismis kering yang mempunyai biji di dalamnya. Dia mengunyah biji itu hingga hancur dan menelannya. Adakah amalan itu akan meyebabkan dia akan mengalami penyakit apendiks itu?
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh