Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

logo_cyberclinics902

sihat

Kongsi Artikel Ini

Like Cyberclinics !!!

Search

Kata Pengantar

 

"Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, duduk di kerusi roda, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. Sebarang maklumat yang disampaikan tidak mampu menggantikan pemeriksaan kesihatan secara terus antara doktor dan pesakit. Maklumat sekadar pengetahuan dan persediaan kepada pesakit.
 

Antara Artikel Cyberclinics

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
JT SlideShow Module v1.5.1
A+ R A-
User Rating: / 5
PoorBest 

Kesan Sampingan Paracetamol

E-mail Print PDF
Share

 

 

 

Soalan

Assalamualaikum w.b.h, saya ada 2 soalan utk diajukan.

1. Saya ada menonton satu dokumentari mengenai kaedah perubatan secara elektrik yang telah dipelopori oleh sekumpulan doktor di Amerika ketika 90-an. mereka menyatakan yang ciptaan mereka mampu mengubat pelbagai jenis penyakit termasuk HIV, namun ciptaan mereka ditolak kerana akan menyebabkan kerugian yg besar dalam 'industri kesihatan' kerana apabila byk penyakit dapat disembuhkan, maka ahli2 farmasi akn kehilangan kerja, doktor2 juga akan mengganggur dan syarikat-syarikat farmaseutikal juga terpaksa ditutup. justeru, sejauh manakah kesahihan dokumentari yang dipaparkan tersebut?

2. Apakah kesan daripada pengambilan paracetamol? kerana ada yg mengatakan yang kandungannya akan tertinggal di dalam badan sehingga 5 tahun. sekiranya benar, apakah jenis2 ubatan lain yang mempunyai kesan terhadap kesihatan dan apakah langkah yang terbaik untuk kita menyembuhkan penyakit dan mengelakkan penggunaan ubat-ubatan tersebut. TQVM

Jawapan

1.Kami tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan hal tersebut. Harap maaf.

2. Ubat paracetamol atau lebih dikenali dengan nama Panadol atau ubat KK di Malaysia semestinya tidak asing lagi bagi kita.  Ubat paracetamol ini atau PCM digunakan sebagai ubat tahan sakit (analgesic, pain reliever). Selain itu ia juga digunakan secara meluas sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat sakit kepala.

Berdasarkan pengalaman, professor di Universiti Kaherah pernah berkata kepada kami ketika di dalam dewan kuliah bahawa ubat Paracetamol adalah ubat paling selamat, berbanding ubat-ubat lain di pasaran. Walaupun dikatakan ubat paling selamat, paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi apabila dos yang digunakan tinggi dan berpanjangan. Sekiranya ubat yang paling selamat pun agak berbahaya sekiranya diambil secara berlebihan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Maka elakkan mengambil apa-apa ubat tanpa ada preskripsi yang sah daripada doctor anda.

Antara kesan-sampingan dan kesan toxic paracetamol:

1.Hepatotoxicity ( rosak hati): sekiranya pengambilan 10 g atau lebih dalam sehari oleh orang dewasa , ataupun 5 g atau lebih oleh kanak-kanak akan merosakkan hati dan boleh membawa maut. Golongan ini perlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) secepat mungkin. Pengambilan setiap hari dan berpanjangan walaupun 4 g sehari boleh menyebabkan toxicity dan maut.

Paracetamol tidak boleh diberikan pada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Paracetamol juga tidak sekali-kali diberikan kepada mereka yang minum arak (alcohol) ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya HME inducer, maka kesan paracetamol pada hati akan berganda lantas menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2.nephrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin (struktur asal paracetamol) boleh mengakibatkan penyakit Fatal chronic interstitial nephritis.

3. methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4.Allergic (pada sebahagian individu)

Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan.

Soalan kedua tuan/puan berkenaan ubat yang mempunyai kesan pada kesihatan tidak akan dijawab kerana semua ubat ada kesan pada kesihatan, tiada satu pun yang betul-betul selamat. Maka tak perlu dihuraikan.




Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
0 #6 shaz 2012-04-10 15:25
salam...apabila terbaca paracetamol juga sebabkan alergic...adakah itu bermakna gatal2 pada badan? pada 29feb lepas akak cabut gigi geraham..disebabkan sakit sangat...akak ambil panadol n ubat tahan sakit yg byk. (akak mkn panadol extend)2 minggu sakit kesan cabut gigi. minggu ketiga akak mula gatal bibir...lepas tu jadi kering n khitaman. akak gunak vaseline. skrg 1 badan kadang2 jadi gatal. dah 2 klinik swasta n 1 klinik gov akak pegi...bibir n badan masih problem. dulu akak boleh mkn seafood, skrg langsung xboleh termasuklah ayam. tlong komen skit apa problem akak ni
Quote
 
 
-1 #5 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-08-09 09:25
jawapan saya ada dalam artikel
Quote
 
 
0 #4 yuyui 2011-08-09 06:10
saya ingin bertanya..rakan saya mengalami tekanan perasaan dan telah mengambil paracetamol sebanyak 16 biji..dia beritahu dia makan ubat tersebut pukul 9 pagi dan setelah muntah-muntah dan tidak sedarkan kira-kira pukul 6 setengah petang..dia mendapat rawatan lebih kurang pukul 7 malam..kami difahamkan bahawa ada masalah pada hati dia..bolehkaa jelaskan bagaimana keadaan rakan saya sebenarnya???
Quote
 
 
0 #3 rehana 2011-06-27 14:28
adakah panadol boleh mnyebabakna seseorg tidak hamil?
Quote
 
 
-2 #2 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-05-09 14:55
1. soalan tak berkaitan dengan artikel

2. kami x akan mengulas sebarang produk yg tak digunakan di hospital

HARAP MAAF
Quote
 
 
0 #1 hairil 2011-05-09 14:19
Pensyarah saya ada menceritakan tentang drug for peptic ulcer patient, dalam kelas kuliahnya beliau menceritakan beliau pernah terbaca artikel mengenai rawatan peptic ulcer menggunakan liquorice root aka Glycyrrhiza dan rawatan ini begitu popular dimalaysia. Soalan saya adakah liquorice root aka Glycyrrhiza digunakan secara meluas di malaysia,dan bagaimana pula (mechanism of action of this drug ) dalam rawatan peptic ulcer ini ?
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh

Iklan Best !

Photobucket

Daftar Masuk

Panel Cyberclinics

IDFAIZAL-2
IDWANI-1
IDPENG-2
IDEZAIRY-2
IDFATIN-1
IDHANIFAH-1
IDYUSRI

Tajuk Cyberclinics

 Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid hit[1583]
 Apakah itu penyakit apendiks? hit[9820]
 Anda Diserang Migraine?? hit[3104]
 Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp? hit[3872]
 Sakit Pinggang dan Kebas Kaki hit[6120]
 Risau Biji/Bengkak Di Bawah Dagu Atau Leher hit[7947]
 Susu Bagi Bayi Kekurangan G6PD hit[2760]
 Kesan Sampingan Paracetamol hit[4416]
 Bolehkah Enalapril diambil semasa hamil? hit[1437]
 Stress Menyebabkan Sakit Kepala? hit[2721]
 Kaitan antara Kekurangan G6PD dan Alergi? hit[2538]
 Sesak Nafas , Asthma? hit[1793]
 Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna? hit[5287]
 Kelahiran Bayi: True Alarms vs Real Contractions, Perlukah Episiotomi? hit[3536]
 Glaucoma, punca dan rawatannya? hit[2741]
 Pembedahan Jantung Berlubang: Perlukah? hit[3250]
 Owh, Kencing Manis Serang Saraf?? hit[3032]
 Apakah Itu Phlegm? hit[3218]
 Mata : Rabun Akan Bertambah? MIgraine dan Eye Floaters hit[2821]
  Kemandulan.Sebab-sebabnya, Penilaian Perubatan dan Pilihan Rawatannya.. hit[6857]
 Parut selepas Kemalangan ??? hit[3986]
 Selsema Lebih Daripada 2 minggu ???? hit[5204]
 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut Sebelah Kiri, Sebab-sebabnya.. hit[69416]
 Anda Sakit Tumit? hit[11734]
 Seks Ketika Kehamilan hit[5450]
 Kenapa Kita Tersedu? hit[5242]
 Dengkur, adakah merbahaya? Pilihan Rawatannya hit[5221]
 AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak! hit[5564]
 Sakit Perut dan Keracunan Makanan hit[4888]
 Kurang Berat Badan Merbahaya?? hit[2469]
 Kurus Berisiko Untuk Mendapat Kencing Manis? hit[1977]
 Skizofrenia, Penyakit Mental? hit[2987]
 Mulut Kering, Punca dan Rawatan hit[4361]
 Sakit Urat Selepas Bersukan hit[3738]
 Benjolan Ketika Period hit[3244]
 Penumbuhan Semula Tulang Yang Patah hit[4877]
 Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement hit[7048]
 Hidung Berdarah? Jangan Panik! hit[13334]
 Senaman Untuk Wanita Selepas C-Section hit[4161]
 Bersalin Normal Selepas Pembedahan hit[4838]
 Wanita dan Menopause hit[5865]
 Jangkitan Kelenjar Air Liur hit[3504]
 Cecair Pada Pusat, Jangkitan? hit[4095]
 Kurang Berat Badan: Cacing atau Metabolisma Tinggi? hit[2517]
 Payudara Gatal? hit[4818]
 Nisbah CD4 kepada CD8 untuk Pesakit HIV hit[1923]
 Punca Kebas Anggota Kaki dan Tangan hit[11398]
 Gugur rambut? Ini rawatannya hit[3523]
 Tracheostomy- Risiko pada bayi? hit[1895]
 Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos?? hit[4166]
 Apakah Fungsi Apendiks?? hit[4155]
 Diagnosis Sakit Kepala hit[2971]
 Kahak Berdarah, Bahaya?? hit[13241]
 Sesak Nafas, Penyakit Mental? hit[3012]
 Benjolan Di Telinga, Telinga Bunga Kubis? hit[2287]
 Kesan Makan Mee Segera hit[7187]
 Panduan Menggunakan Pil Yasmine hit[15564]
 Kentut Berbau Busuk! hit[4741]
 Sentiasa Sakit Kepala hit[2679]
 Sakit Batu Karang?? hit[2588]
 Rawatan Jerawat??? hit[3156]
 Suntikan Mencegah Kehamilan hit[4207]
 Produk Makanan Yang Menyebabkan Cancer hit[2318]
 Apa itu Essential Tremors?? hit[2034]
 Peluh Berwarna Putih? hit[1990]
 Risau Nafsu Seks Menurun hit[2013]
 Bakal Pengantin Resah Buah Zakar Senak hit[2479]
 SAKIT DADA merbahaya! hit[17145]
 Rawatan, potensi untuk pulih bagi stroke hit[4341]
 Jeli Gamat hit[1947]
 Keloid Selepas Pembedahan? hit[2410]
 Faktor Membantu dan Membantut Ketinggian hit[4491]
 Anda Lelaki? Lebih 50 tahun? Kenalilah Kanser Prostate! hit[2327]
 Rawatan Untuk Pesakit HIV hit[5493]
 Ingin Lebih Tinggi?? hit[2408]
 Scoliosis dan Kehamilan hit[2704]
 Kerap Sakit Belakang hit[3130]
 4 Langkah Mudah Tangani Migraine hit[2636]
 Vitamin B17 Dari Biji Buah Aprikot Mampu Mengubati Barah? hit[2269]
 Pil Pencegah Kehamilan hit[4724]
 Faktor Rhesus & Kesan Sampingan RhoGAM hit[2892]
 Cara Bersunat Paling Mudah hit[2977]
 Pembedahan Untuk Jantung Berlubang hit[2779]
 Madu Tak Selamat Untuk Bayi? hit[4033]
 Epsom Salt, Batu Hempedu dan Resdung hit[1932]
 Penjagaan Kesihatan Sewaktu Kehamilan hit[1874]

Online

We have 104 guests online

ShoutBoX


ShoutMix chat widget