Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

logo_cyberclinics902

sihat

Kongsi Artikel Ini

Like Cyberclinics !!!

Search

Kata Pengantar

 

"Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, duduk di kerusi roda, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. Sebarang maklumat yang disampaikan tidak mampu menggantikan pemeriksaan kesihatan secara terus antara doktor dan pesakit. Maklumat sekadar pengetahuan dan persediaan kepada pesakit.
 

Antara Artikel Cyberclinics

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
JT SlideShow Module v1.5.1
A+ R A-
User Rating: / 8
PoorBest 

Sakit Pinggang dan Kebas Kaki

E-mail Print PDF
Share

 

 

 

Soalan

Salam semua..Di sini saya ingin bertanya masalah penyakit saya yang membuatkan saya buntu..saya mengalami masalah sakit kaki rasa seperti kebas,menyucuk-nyucuk dan sampai tahap susah nak berjalan..untuk pengetahuan doktor semua bahagian pinggang saya juga sering sakit..tidak boleh angkat atau buat kerja berat-berat.....saya dah pernah berjumpa doktor di GH but doktor's answer was very dissapointing.. ambil x-ray tapi doktor kata tiada apa-apa masalah..untuk pengetahuan doktor juga, sudah lebih setahun saya mengalami masalah ini..Hope can advice what the best solution for this..

your kind advice and co-operation is much appreciated.

Regards,
Asura

Jawapan

Terima kasih atas soalan saudara/saudari. Masalah sakit pinggang atau sakit belakang yang disertai kaki kebas menyucuk-nyucuk selalu terjadi sebenarnya dalam masyarakat kita. Antara salah satu sebab yang menyumbang kepada berlakunya gejala ini adalah penyakit lumbar spinal stenosis.

Apabila kita semakin tua, tulang belakang kita yang mengandungi saraf tunjang semakin sempit. Atas dasar ini lah keadaan ini dinamakan spinal stenosis, manakala lumbar merujuk kepada anatomi tulang belakang tersebut yang terletak di bahagian pinggang.

 

Anatomi

Memahami tulang belakang dan mengetahui bagaimana ia berfungsi membantu anda memahami penyakit anda.

Tulang belakang adalah tulang kecil yang dinamakan vertebra, disusun secara menegak (vertical) bertindih atas vertebra yang lain. Otot, ligamen, saraf, dan intervertebral disks adalah bahagian tambahan yang membentuk tulang belakang.

Vertebrae

Tulang-tulang ini berhubung antara satu sama lain untuk membuat satu saluran (atau lorong) di mana saraf tunjang ditempatkan. Vertebra dibahagikan kepada 5 bahagian utama iaitu 1.cervical (leher) 2. Thoracic (di bahagian dada) 3. Lumbar (pinggang) 4. Sacrum 5. Coccyx (sacrum dan coccyx bercantum dan terletak di bahagian punggung).

Bahagian lumbar yang sering menjadi punca sakit belakang. Spinal cord=saraf tunjang

Saraf tunjang

Saraf tunjang adalah saraf seolah-olah kabel electrik. Ia membawa maklumat daripada atas (otak) ke otot-otot seluruh badan. Saraf tunjang terletak di dalam saluran yang berada di dalam vertebra. Saraf-saraf kecil keluar daripada saraf tunjang melalui beberapa lubang kecil yang terdapat pada tulang vertebra.

Otot dan Ligamen

Struktur ini penting bagi memberikan kestabilan dan pergerakan pada  tulang belakang anda. Ligamen adalah struktur yang menghubungkan tulang ke tulang maka sangat penting untuk memastikan tulang belakang (vertebra) pada kedudukannya.

Facet Joints

Sendi kecil ini terletak antara vertebra yang membantu pergerakan tulang belakang. Facet joint sangat dekat dengan saraf.

Intervertebral Disks

Intervertebral disks terletak antara vertebra.

Keratan rentas tulang belakang. Spinal cord=saraf tunjang yang terletak dalam saluran (spinal canal) di dalam vertebra. Nucleus Pulposus dan Annulus Fibrosus adalah struktur yangmembentuk intervetbral disks.

Apabila anda berjalan atau berlari,  intervertabral discks bertindak sebagai penyerap hentakan dan mengelak vertebra daripada berlaga antara satu sama lain.  Ia bertindak bersama facet joint membantu tulang belakang bergerat, berputar atau  membongkok.

Itervertebral disks adalah rata, berbentuk bulat (keratin rentas) dan setebal setengah inci setiap satu. Ia terdiri daripada 2 komponen utama iaitu :

Annulus fibrosus. Struktur yang kuat, fleksibel ini adalah struktur luar  “outer ring”.

Nucleus pulposus. Struktur lembut sepert jelly ini adalah struktur di bahagian dalam annulus fibrosus. Struktur inilah yang mempunyai keupayaan untuk menyerap hentakan.

Penerangan

Spinal stenosis terjadi apabila ruang di sekeliling saraf tunjang semakin sempit. Hal ini member tekanan mekanikal kepada saraf tunjuang dan saraf-saraf yang bercabang keluar darinya seterusnya menyebab kesakitan, kebas atau lemah kaki.

Apabila kita berumur, tulang belakang menjadi keras dan mungkin bertambah dari segi jisim. Hal ini menyebabkan saluran (spinal canal) di dalam vertebra semakin sempit. Apabila kesempitan ini berlaku di bahagian pinggang, ia dipanggil lumbar spinal stenosis.

Degenerasi vertebra berlaku pada 95%populasi apabila menjelang umur 50 tahun. Selalunya spinal stenosis terjadi pada golongan dewasa yang lebih 60 tahun , lelaki dan perempuan tiada beza dari segi insiden tetapi perempuan lebih menunjukkan symptom yang memerlukan rawatan.

Sebilangan kecil daripada populasi memang lahir dengan masalah tulang belakang yang mengakibatkan lumbar spinal stenosis.  Penyakit ini dinamakan Congenital Spinal Stenosis, berlaku lebih banyak pada kaum lelaki. Simptom selalunya terzahir pada umur di antara 30 ke 50 tahun.

Sebab

Arthritis adalah sebab utama spinal stenosis.  Arthritis adalah degenerasi (penuaan) mana-mana sendi badan.

Dalam tulang belakang (vertebra),arthritis berlaku apabila intervertebral disks degenerasi dan hilang kandungan air. Di usia kanak-kanak dan remaja, intervertebral disks mengandungi kandungan air yang tinggi. Apabila tue, disks ini semakin kering dan semakin lemah. Hal ini menyebabkan tebal intervertebral disks semakin berkurangan dan fungsinya terganggu.

 

2 mudarat utama yang akan berlaku. Pertama berat badan yang sebelum ini ditampung oleh intervertebral disks telah berpindah ke face joints di belakang saraf tunjang. Kedua, lubang di mana cabang-cabang saraf keluar akan menjadi kecil dan sempit.

Tekanan pada facet joint seterusnya mengakibatkan arthritis belaku. Cartilage (tulang rawan) yang menyaluti facet joint terhakis dan menyebabkan tulang-tulang vertebra berlaga antara satu sama lain tanpa ada pelincir (cartilage). Badan kita ingin melindungi tulang-tulang ini daripada terus rosak akibat lagaan tadi dengan pertumbuhan tulang baru pada facet joint yang menyokong tulang vertebra. Semakin lama, tulang baru yang dinamakan spur ini menyempitkan lubang keluar cabang-cabang saraf daripada tulang vertebra.

Selain itu, ligament juga bertambah dari segi saiz sebagai response kepada arthritis tersebut. Hal ini lebih menyempitkan lubang keluar saraf tadi. Apabila sudah cukup sempit, saraf akan terhimpit dan symptom sakit terzahir.

Symptoms

Sakit Belakang. Kadar kesakitan bergantung kepada kadar arthritis yang telah berlaku. Semakin teruk arthritis individu, semakin kuat sakit yang dihidap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sakit punggung atau kaki. (sciatica). Apabila sesuatu cabang saraf terhimpit, kesakitan akan dirasai pada kawasan badan dimana cabang itu pergi. Sakit ini digambarkan seperti pedih yang amat sangat atau seperti terkena genjatan elektrik. Selalunya bermula di punggung dan merebak ke kaki. Sakit ini dinamakan sciatica.

Kebas atau rasa semut-semut pada punggung dan kaki. Tak semua menghidapi sakit, kebas-atau semut-semut pada kaki.

Kaki lemah atau foot drop. Mungkin satu kaki atau kedua-dua belah kaki.

Sakit berkurang apabila tunduk ke depan atau duduk. Kajian menunjukkan apabila kita tunduk ke hadapan, ruang untuk saraf bertambah dan mengurangkan kesempitan yang dialami. Pesakit didapat lega apabila tunduk ke depan lebih-lebih lagi dalam keadaan duduk. Sakit akan bertambah apabila berdiri tegak dan berjalan.

Pemeriksaan doktor

Medical History and Physical Examination

Apabila symptom telah diceritakan, doctor akan memeriksa belakang anda dan memicit untuk memastikan kawasan yang sakit. Doctor akan meminta anda untuk tunduk ke depan, ke belakang, ke sisi untuk melihat had pergerakan dan kesakitan.

Imaging Tests

X-rays. Tidak muktamad. Doktor mungkin akan mengesan kesan penuaan pada tulang seperti kurang tebal intervertebral disks atau pun tulang baru (bone spur). X-ray yang diambil semasa anda tunduk ke depan dank e belakang membolehkan doctor melihat ketidakstabilan sendi tulang belakang. Pergerakan di luar had normal boleh dilihat. Hal ini dinamakan spondylolisthesis. Doktor yang kurang pengalaman tidak dapat mengesan sebarang perubahan awal di dalam x-ray.

Magnetic resonance imaging (MRI). Muktamad. Boleh diagnosis secara jelas

Additional tests. Computed tomography (CT) scans  muktamad seperti MRI.

Rawatan

Rawatan tanpa Pembedahan

Tujuannya hanya untuk mengurangkan sakit dan membolehkan kaki berfungsi sepenuhnya tanpa pembaikan pada saluran saraf tunjang yang telah sempit.

Rawatan Fisiotherapy. Contohnya stretching exercise, massage  lumbar dan abdominal strengthening .

Lumbar traction. Tiada bukti tentang keberkesanannya. Secara peribadi, saya tidak sarankan.

Ubat tahan Sakit Seperti panadol, ibuprofen, voltaren, eterocoxib. Pastikan dapat nasihat daripada doctor anda sebelu menggunakan ubat-ubatan ini.

Suntikan steroids (Cortisone). Cortisone adalah ubat yang kuat dalam mengurangkan radang. Suntikan ini diberikan di sekeliling saraf atau di “epidural space” yang mengurangkan bengkak dan kesakitan. Tidak digalakkan menerima suntikan ini lebih daripada 3 kali dalam setahun. Suntikan ini mengurangkan sakit dan kebas tetapi tidak mengembalikan kekuatan pada kaki yang lemah .

Acupuncture. Mengurangkan sakit, tetapi untuk jangka masa panjang tiada bukti yang sahih tentang keberkesanannya.

Chiropractic manipulation. Sila rujuk orang yang berpengalaman. Penulis tidak berpengalaman dalam mengamalkan chiropractic manipulation.

Rawatan Pembedahan

Selalunya mereka yang mengambil rawatan ini apabila rawatan tanpa pembedahan telah dicuba ataupun kaki yang lemah dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Pilihan yang ada 1. Laminectomy da 2.spinal fusion

Laminectomy.

Prosedur ini meliputi pembuangan tulang, tulang baru (bone spur) dan ligament yang menghimpit saraf. Prosedur ini juga dinamakan “Decompression”..

(Left) Untuk melihat vertebra, otot ditarik ke sisi. (Right) Selepas laminectomy, bone graft material dan screw diletakkan di sisi vertebra untuk mempercepat menyembuhan.

Spinal fusion. 2 atau lebih tulang vertebra dicantumkan secara kekal.  Bone graft daripada tulang pinggul digunakan untuk mencantumkan vertebra ini.

Fusion ini mengurangkan pergerakan antara vertebra lantas mengurangkan kadar kegagalan selepas pembedahan.  Doktor bedah akan menggunakan rod dan screwFusion eliminates motion between vertebrae and prevents the slippage from worsening after surgery. The surgeon may also use rods and screws to hold the spine in plac untuk memegang tulang belakang supayabercantum dengan sempurna.

Rehabilitasi. Selepas pembedahan, selalunya ditahan wad untuk 2-3 hari untuk memastikan tahap kesihatan pesakit stabil dan physiotherapy atau pemulihan cara kerja dapat diajar kepada pesakit.

Kami juga akan memakaikan brace atau korset untuk mempercepat pemulihan.  Pesakit juga digalakkan cuba berjalan.

Risiko . Rendah, sama seperti apa-apa pembedahan e.g. pendarah, jangkitan, darah beku, reaksi terhadap ubat bius. Risiko sangat rendah.

Mereka yang berisiko tinggi adalah orang tua, lebih berat badan, kencing manis, perokok ataupun pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit lain.

Komplikasi yang spesifik untuk pembedahan ini:

-koyak pada dura yang menyaluti saraf
-tulang gagal bercantum
-screw dan rod gagal menyokong
-kecederaan pada saraf
-gagal mengurangkan symptom
-simptom kembali

Keputusan Pembedahan:

Cemerlang untuk 80% pesakit. Hidup kembali normal.

Pembedahan Baru:

  1. Interspinous process device
  1. Minimally invasive Decompression

(masih baru di malaysia)




Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
-1 #6 Tunteja 2012-01-17 01:19
[fv][fv]asalammualaikum doc,

saya sudah baca hampir semua statement doc ni. dan saya mengalami simptom2 tersebut. apa kah yang saya harus lakukan kerana saya sedang mengalami nya ketika ini dan ianya menyukarkan kehidupan saya seharian misalnya, berjalan dgn kadar masa yg lama, memandu kereta,duduk ditempat kerja dari pagi sampai petang.
apakah yg perlu saya lakukan serta rawatan yg sesuai saya lakukan?
tolong feedback saya segera ye? sebab saya pernah 1 bln yg lps mengalami masalah utk bangun dan jalan iaitu langsung tidak boleh bergerak dr paras pinggang ke hujung kaki (rasa seperti orang lumpuh).
tolong ye doc.doc boleh hubungi sya di 0143338348.
Quote
 
 
0 #5 dragon 2011-11-01 10:18
saya berumur 20 tahun. 3 tahun yg lepas sy accident motor dan bahu kanan terhentak dengan kuat. doc yg memeriksa sy hanye mengatakan sy mengalami ligament injury...tp lame kelamaan bahu sy semakin sakit dan x bole nak angkat brg2 yg berat. dan pd thun 2011, bulan januari yg lalu..sy accdent motor sekali lg. kali ni lg terok..lutut kiri sy retak..dan skg sy mengalami masalah sakit pinggang..nak duduk lama pon x bole..bile nak tido...sy terpakse menahan sakit selama beberapa minit sebelum bole melelapkan mata,
adakah keadaan saya agak serius?
Quote
 
 
0 #4 Chip n Dales 2011-09-22 04:52
Salam,
Saya mengalami kebas kaki jika duduk bersila dan duduk di kerusi turut menyebabkan bahagian peha hingga hujung kaki kebas termasuk sakit tulang belakang, migrain yang menyerang sebulan sekali. Adakah merokok, masturbation, kurang minum susu, kurang bersenam juga menjadi penyumbang pada masalah ini?
Quote
 
 
0 #3 yon 2011-08-07 06:34
If urut elok tak tok pinggang?
Quote
 
 
0 #2 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-07-24 13:53
dapatkan pemeriksaan, berkemungkinan besar anda mengalaminya, penyakit ini kerap terjadi dalam masyarakat
Quote
 
 
+1 #1 menderita 2011-07-09 15:15
simptom saya adalah seperti di atas..tetapi saya masih awal 20-an..adakah saya mempunyai sakit yang disebutkan..pinggang saya sakit setiap kali saya duduk dan kebas sehingga ke hujung kaki..berbeza dengan yang disebut di atas..duduk adalah untuk mengurangkan sakit..tapi bagaimana pula dengan saya..saya takut untuk ke hospital.terima kasih
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh

Iklan Best !

Photobucket

Daftar Masuk

Panel Cyberclinics

IDFAIZAL-2
IDWANI-1
IDPENG-2
IDEZAIRY-2
IDFATIN-1
IDHANIFAH-1
IDYUSRI

Tajuk Cyberclinics

 Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid hit[1588]
 Apakah itu penyakit apendiks? hit[9822]
 Anda Diserang Migraine?? hit[3107]
 Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp? hit[3876]
 Sakit Pinggang dan Kebas Kaki hit[6125]
 Risau Biji/Bengkak Di Bawah Dagu Atau Leher hit[7952]
 Susu Bagi Bayi Kekurangan G6PD hit[2764]
 Kesan Sampingan Paracetamol hit[4421]
 Bolehkah Enalapril diambil semasa hamil? hit[1439]
 Stress Menyebabkan Sakit Kepala? hit[2726]
 Kaitan antara Kekurangan G6PD dan Alergi? hit[2539]
 Sesak Nafas , Asthma? hit[1795]
 Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna? hit[5289]
 Kelahiran Bayi: True Alarms vs Real Contractions, Perlukah Episiotomi? hit[3541]
 Glaucoma, punca dan rawatannya? hit[2746]
 Pembedahan Jantung Berlubang: Perlukah? hit[3253]
 Owh, Kencing Manis Serang Saraf?? hit[3037]
 Apakah Itu Phlegm? hit[3222]
 Mata : Rabun Akan Bertambah? MIgraine dan Eye Floaters hit[2826]
  Kemandulan.Sebab-sebabnya, Penilaian Perubatan dan Pilihan Rawatannya.. hit[6864]
 Parut selepas Kemalangan ??? hit[3988]
 Selsema Lebih Daripada 2 minggu ???? hit[5212]
 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut Sebelah Kiri, Sebab-sebabnya.. hit[69427]
 Anda Sakit Tumit? hit[11740]
 Seks Ketika Kehamilan hit[5455]
 Kenapa Kita Tersedu? hit[5245]
 Dengkur, adakah merbahaya? Pilihan Rawatannya hit[5223]
 AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak! hit[5565]
 Sakit Perut dan Keracunan Makanan hit[4889]
 Kurang Berat Badan Merbahaya?? hit[2471]
 Kurus Berisiko Untuk Mendapat Kencing Manis? hit[1981]
 Skizofrenia, Penyakit Mental? hit[2991]
 Mulut Kering, Punca dan Rawatan hit[4366]
 Sakit Urat Selepas Bersukan hit[3742]
 Benjolan Ketika Period hit[3245]
 Penumbuhan Semula Tulang Yang Patah hit[4883]
 Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement hit[7051]
 Hidung Berdarah? Jangan Panik! hit[13342]
 Senaman Untuk Wanita Selepas C-Section hit[4164]
 Bersalin Normal Selepas Pembedahan hit[4843]
 Wanita dan Menopause hit[5867]
 Jangkitan Kelenjar Air Liur hit[3510]
 Cecair Pada Pusat, Jangkitan? hit[4100]
 Kurang Berat Badan: Cacing atau Metabolisma Tinggi? hit[2518]
 Payudara Gatal? hit[4821]
 Nisbah CD4 kepada CD8 untuk Pesakit HIV hit[1926]
 Punca Kebas Anggota Kaki dan Tangan hit[11404]
 Gugur rambut? Ini rawatannya hit[3527]
 Tracheostomy- Risiko pada bayi? hit[1896]
 Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos?? hit[4169]
 Apakah Fungsi Apendiks?? hit[4161]
 Diagnosis Sakit Kepala hit[2976]
 Kahak Berdarah, Bahaya?? hit[13245]
 Sesak Nafas, Penyakit Mental? hit[3016]
 Benjolan Di Telinga, Telinga Bunga Kubis? hit[2289]
 Kesan Makan Mee Segera hit[7191]
 Panduan Menggunakan Pil Yasmine hit[15568]
 Kentut Berbau Busuk! hit[4745]
 Sentiasa Sakit Kepala hit[2683]
 Sakit Batu Karang?? hit[2589]
 Rawatan Jerawat??? hit[3162]
 Suntikan Mencegah Kehamilan hit[4211]
 Produk Makanan Yang Menyebabkan Cancer hit[2319]
 Apa itu Essential Tremors?? hit[2036]
 Peluh Berwarna Putih? hit[1991]
 Risau Nafsu Seks Menurun hit[2016]
 Bakal Pengantin Resah Buah Zakar Senak hit[2483]
 SAKIT DADA merbahaya! hit[17151]
 Rawatan, potensi untuk pulih bagi stroke hit[4344]
 Jeli Gamat hit[1948]
 Keloid Selepas Pembedahan? hit[2411]
 Faktor Membantu dan Membantut Ketinggian hit[4496]
 Anda Lelaki? Lebih 50 tahun? Kenalilah Kanser Prostate! hit[2331]
 Rawatan Untuk Pesakit HIV hit[5497]
 Ingin Lebih Tinggi?? hit[2411]
 Scoliosis dan Kehamilan hit[2706]
 Kerap Sakit Belakang hit[3134]
 4 Langkah Mudah Tangani Migraine hit[2637]
 Vitamin B17 Dari Biji Buah Aprikot Mampu Mengubati Barah? hit[2273]
 Pil Pencegah Kehamilan hit[4726]
 Faktor Rhesus & Kesan Sampingan RhoGAM hit[2893]
 Cara Bersunat Paling Mudah hit[2980]
 Pembedahan Untuk Jantung Berlubang hit[2784]
 Madu Tak Selamat Untuk Bayi? hit[4035]
 Epsom Salt, Batu Hempedu dan Resdung hit[1934]
 Penjagaan Kesihatan Sewaktu Kehamilan hit[1875]

Online

We have 201 guests online

ShoutBoX


ShoutMix chat widget